Platform

Pengenalan MT5

Platform perdagangan MT5 ialah perisian dalam talian yang membenarkan pedagang sertai dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Pedagang boleh menggunakan platform perdagangan untuk membuka, menutup dan menguruskan pesanan pada peranti pilihan mereka. Platform perdagangan mengandungi pelbagai alat, petunjuk dan tempoh masa, jadi anda dapat memantau dan menganalisis keadaan pasaran dalam waktu nyata. MT5 adalah pilihan yang terbaik untuk pedagang dari semua peringkat pengalaman yang berbeza, dan disukai oleh ciri yang mudah diguna, fungsi lanjutan, alat analisis teknikal dan integrasi perdagangan automatik.

MetaTrader 5 berjalan pada desktop, komputer riba dan telefon mudah alih

Desktop

WINDOW

Muat turun MetaTrader 5 versi Window untuk platform perdagangan yang lengkap dan sempurna. Sama ada anda memperdagangkan pertukaran mata wang asing, komoditi atau indeks, platform MT5 menyediakan fungsi pelaporan latar belakang dan pilihan utama. Cepat, intuitif dan mesra pengguna, MT5 mempunyai semua ciri yang anda perlukan untuk menjajah pasaran.

Fungsi MT5 versi desktop merangkumi:

  • Sokong perdagangan pertukaran mata wang asing, futures, indeks, saham dan produk CFD dan lain-lain
  • Sokong 30 bahasa
  • Pengujian Dagangan Backtest
  • Lebih daripada 50 petunjuk teknikal yang telah disediakan dan antara muka yang dapat diubahsuai sepenuhnya
  • 9 tempoh masa yang berbeza
MetaTrader 5 pada komputer riba Windows

Cara muat turun dan memasang MT5 versi Window

  1. Muat turun MT5 dari laman web kami
  2. Hidupkan fail .exe setelah dimuat turun
  3. Selepas program dipasang, pilih ‘AP-Live Server’ dan tekan ‘next’
  4. Tekan ‘akaun yang sedia ada’ pada tetingkap pop timbul, masukkan ID akaun dan kata laluan untuk log masuk akaun dan memulakan perdagangan anda.

Desktop

OS Mac

Adakah anda seorang pengguna komputer Apple? Hanya perlu muat turun platform MT5 ke komputer riba atau komputer desktop anda dalam beberapa langkah mudah dan boleh mulakan perdagangan. MT5 telah menjadi perisian perdagangan pilihan kebanyakan pedagang dengan fungsi lanjutan, sistem keselamatan dinamik dan banyak pilihan alat analisis teknikal.

Fungsi versi MT5 Mac merangkumi:

  • Sokong perdagangan pertukaran mata wang asing, futures, indeks, saham dan produk CFD dan lain-lain
  • Sokong banyak bahasa yang berbeza
  • Boleh beri arahan untuk semua jenis pesanan dangangan, termasuk pesanan tunda
  • Sebut harga masa nyata
  • Carta sempurna
  • Lebih dari 30 petunjuk teknikal
MetaTrader 5 pada Mac

Cara muat turun dan memasang MT5 versi Mac:

  1. Muat turun MT5 dari laman web Antos Pinnacles
  2. Buka fail Antos Pinnacles.dmg setelah dimuat turun
  3. Seret aplikasi ke Folder Aplikasi anda
  4. Tekan kanan Aplikasi Antos Pinnacles-MetaTrader5-Mac dan pilih “Buka”
  5. Semasa melancarkan program untuk kali pertama, anda akan dapat lihat tetingkap masuk
  6. Masukkan maklumat akaun benar atau demo anda untuk log masuk dan memulakan perdagangan

Mudah Alih

Versi Mudah Alih MT5

Gunakan peranti mudah alih anda dan lakukan perdagangan pertukaran mata wang asing dengan perisian mudah alih kami. Tujuan platform ini adalah untuk membenarkan pedagang menjalani perdagangan mudah alih. Bagi pedagang pertukaran mata wang asing, versi mudah alih MT5 memberi kemudahan untuk guna pada mana-mana tempat. Pedagang dapat semak arah aliran pasaran dengan mudah dan melaksanakan posisi, menutup posisi dan menguruskan pesanan di mana-mana tempat.

Fungsi MT5 versi mudah alih merangkumi:

  • Mempunyai tiga jenis carta, dengan sejarah transaksi yang lengkap
  • Semua jenis pesanan dapat dilaksanakan
  • Dengan 9 jenis tempoh masa
  • Muka carta yang boleh diubahsuai

Cara memuat turun dan memasang MT5 versi Android

  1. Buka Google Play di Android anda, atau muat turun aplikasi dari laman web AP. Cari MetaTrader 5 di Google Play dengan memasukkan perkataan MetaTrader 5 di ruang carian. Tekan ikon MetaTrader 5 untuk memasang perisian ke Android anda.
  2. Sekarang anda akan diminta untuk memilih antara pilihan Log Masuk dengan Akaun Sedia Ada / Buka Akaun Demo. Apabila tekan log masuk dengan Akaun Sedia Ada, tetingkap baru akan terbuka. Masukkan Antos Pinnacles di medan carian, Tekan pelayan AP-Live.
  3. Masukkan ID akaun dan kata laluan anda untunk log masuk akaun dan memulakan perdagangan anda.

Cara memuat turun dan memasang MT5 versi IOS:

  1. Buka App Store di iPhone anda, atau muat turun aplikasi dari laman web AP. Cari MetaTrader 5 di App Store dengan memasukkan perkatan MetaTrader 5 di ruang carian. Tekan ikon MetaTrader 5 untuk memasang perisian ke iPhone anda.
  2. Sekarang anda akan diminta untuk memilih antara pilihan Log Masuk dengan Akaun Sedia Ada / Buka Akaun Demo. Apabila tekan log masuk dengan Akaun Sedia Ada, tetingkap baru akan terbuka. Masukkan Antos Pinnacles di medan carian, Tekan pelayan AP-Live.
  3. Masukkan ID akaun dan kata laluan anda untunk log masuk akaun dan memulakan perdagangan anda.

Pendaftaran & Masuk Dana ke Dalam Akaun Dengan Pantas

Mula Berdagang Dalam Beberapa Minit!