Mengenai Kami

Profil Syarikat

AP menggunakan sistem perlindungan yang terunggul dan rangkaian yang telah dioptimumkan untuk melindungi pelanggan kami daripada serangan rangkaian. Sistem kami di sembunyi dengan selamat, dan kami juga berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan risiko penggodam dan / atau virus. Oleh itu, pelanggan kami dapat menikmati pengalaman perdagangan tanpa sebarang kebimbangan.

Siapa Kami

AP – Pilihan Yang Betul

Antos Pinnacles (AP) adalah satu pasukan pelabur yang mahir dan berpengalaman dalam pengurusan risiko. Dengan pengalaman lebih dari 15 tahun di OTC dan persekitaran pasar terkawal, AP menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perdagangan profesional dan kemudahan perdagangan yang maju kepada individu dan pelanggan institusi. Kami memahami keperluan untuk melengkapkan Pelanggan dengan alat teknologi yang selamat dan tepat, seperti kecairan yang baik untuk perdagangan.

Pasukan pengurusan kami sangat produktif dalam banyak bidang dalam sektor kewangan, seperti pasaran ekuiti, pasaran mata wang, pengurusan risiko dan mempunyai latar belakang operasi kewangan yang kuat dan lain-lain. Kami percaya bahawa Asia Tenggara akan menjadi pangkalan kekuatan utama pasaran kewangan yang seterusnya, dan bersedia untuk memanfaatkan pertumbuhan itu untuk kepentingan pelanggan kami. Dengan kegigihan dan kepakaran kami, kami yakin bahawa kami bersedia untuk memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat untuk memastikan perdagangan sentiasa menguntungkan dan bebas dari masalah.

AP bermula sebagai penyedia teknologi kecairan, tetapi bidang kami sudah berkembang besar sejak itu untuk meningkatkan kesedaran jenama dan memberikan konsultasi pakar kepada rakan kongsi yang berpotensi untuk mengaut keuntungan dari pasaran Asia Tenggara pada 10 tahun akan datang.

Pendorong Kami

Nilai Teras

Kelenturan

Setiap pelabur akan mempunyai pelbagai tahap risiko yang berlainan. Dengan pelbagai pilihan instrumen perdagangan yang disediakan untuk anda, AP akan membantu anda cari kaedah terbaik untuk melabur dengan sesuai ikut keperluan dan matlamat kewangan anda.

Kebolehpercayaan

Dengan pasukan pakar kewangan yang berdedikasi, anda akan rasa selesa boleh mengetahui bahawa anda akan dapat nasihat pelaburan terbaik setiap masa. Tidak kira sama ada anda orang baru di pasaran kewangan, atau veteran yang bijak dalam pelaburan, pengetahuan kami mengenai pasaran kewangan akan membantu pelaburan anda dapat pertumbuhan yang stabil dan berterusan.

Kesetiaan

Kami percaya bahawa kepercayaan adalah tonggak utama perniagaan yang berjaya. Oleh itu, kami dengan berani janji kepada semua pelanggan kami bahawa tidak akan ada kos tersembunyi. Apa yang anda lihat adalah apa yang anda perlu bayar, jadi anda boleh menggunakan seluruh fokus anda untuk memastikan wang anda berfungsi untuk anda.

Adil

Semua penyesuaian pasaran ditunjukkan dengan tepat dan terbuka. Nikmati keistimewaan perdagangan yang sama tanpa ambil kira jenis portfolio pelaburan anda.

Dedikasi

Kami bertekad untuk membantu anda berjaya, dan akan sentiasa bersama anda setiap langkah dalam usaha anda untuk mendapatkan kebebasan dalam kewangan. Kami bangga dengan usaha berterusan kami untuk melindungi aset anda dan memastikannya bertambah nilai walaupun di tengah-tengah ekonomi yang tidak menentu dan tidak dapat diramalkan.

Misi

Selamat dan Efisien

Antos Pinnacles berusaha untuk menyediakan platform dagangan serba boleh yang selamat, terjamin dan cekap untuk semua pelanggan kami.

Visi

Membina

Dengan kemajuan teknologi yang unggul dan pasukan eksekutif yang penuh dedikasi, Antos Pinnacles akan menjadi salah satu penyedia kecairan yang terkemuka di Asia Tenggara.

Dikuasakan oleh | MetaTrader 5

24/5Sokongan pelanggan

No. Daftar LL16538

Spot Forex
Indeks CFDs
CFD Saham
MetaTrader 5
Akaun ECN
Formula STP
Spread Mentah Dari 0.0 Pips
NDasar Perlindungan Imbangan Negatif
Pengasingan Dana Pelanggan
Dagangan EA
0.0spread
dari
200:1tahap leverage
sehingga
$100deposit
minimum